Kincir angin adalah sebuah mesin yang digerakkan oleh tenaga angin untuk menumbuk biji-bijian. Kincir angin juga digunakan untuk menimba air bagi mengairi sawah. Kincir angin moden adalah mesin yang digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik, disebut juga dengan turbin angin. Turbin angin kebanyakan ditemui di Eropah dan Amerika Utara.
Kincir angin praktik yang pertama ialah kincir angin berpaksi tegak yang direka di timur Parsi seperti yang dicatatkan oleh ahli geografi Parsi Estakhri pada kurun ke-9. Kesahihan satu anekdot yang lebih awal mengenai kincir angin melibatkan khalifah kedua Umar (AD 634–644) masih dipersoalkan berdasarkan pindaan kurun ke-10. Dibuat daripada enam hingga 12 layar yang dilputi anyaman mensiang atau kain, kincir angin ini digunakan untuk mengisar jagung atau mengepam air, dan cukup berbeza dengan versi-versi Eropah yang terkemudian. Kincir-kincir angin ini digunakan secara meluas di seluruh pelosok Khilafah pada kurun ke-9 dan tersebar ke Eropah melalui Sepanyol Islam. Jenis yang serupa bagi kincir angin bertangkai tegak dengan bilah-bilah segi empat tepat yang digunakan untuk tujuan pengairan, juga dapat ditemui di China pada kurun ke-13 (semasa pemerintahan Dinasti Jurchen Jin di utara) dan diperkenalkan oleh pengembaraan Yelü Chucai ke Turkestan pada tahun 1219.
0 Response to "Kincir Angin Belanda"
Posting Komentar